Gusar.
Bukan boleh diungkap.
Menjadi carut marut biadap kata.
Dari saki baki gusar semata.
Tak mungkin kau faham.
Sebal bebal menjadi bicara kalam.
Yang disalahtafsir bukan nasihat.
Mahupun ditelan menjadi musibat.
Jatuh, sungkur kau bangun lagi.
Bingkas bangkit terus berlari.
Aku sedar aku tak punya apa-apa.
filemhitamputih.
kronologi.anekdot.monolog.imaginasi minda.
Monday, May 1, 2017
Monday, September 1, 2014
aku tunggu
Semakin lama aku semakin letih menunggu. Hujungnya tak pasti, mampukah aku. Semakin hari berlalu, semakin dekat beradu. Tapi aku tahu, ada bahagia di akhir itu.
Sunday, August 3, 2014
Monday, February 4, 2013
Oi! Provokasi.
Ada mata
Ada hati
Demi dunia
Kau butakan hati
Jaga, jaga kata-kata
Jangan kau cedok hati kotor
Hingga makan diri
Busuk pekerti
Dengan caci maki
Tetapkan hati
Agar tak menjadi duri
Dalam tidur, dalam jaga
Biar tidak bertopeng muka
Bukan susah, bukan mudah
Yang benar ada
Tersurat, tersirat
Dalam hak
Tanpa yang Satu
Hapus semua
Hapus kau
Hapus aku.
Friday, July 20, 2012
Ramadan Kareem
Selamat menyambut Ramadan Kareem.
Ingin memohon maaf dari semua dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Moga Ramadan kali ni memberi banyak lagi hikmah :)
Ingin memohon maaf dari semua dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Moga Ramadan kali ni memberi banyak lagi hikmah :)
Saturday, March 24, 2012
aku cuba.
Aku cuba. Jadi yang terbaik. Aku cuba. Terima kasih kalau kau terima. Terima kasih juga kalau kau tak. Aku cuba jadi yang terbaik. Aku tau aku bukan sempurna.
'Aku ini insan dalam perubahan.
Aku ini jauh dari kesempurnaan.'
-A. Samad Said-
Friday, January 6, 2012
sekian lama.
Rasa macam dah lama sangat aku tak menulis dekat sini. Bukan sebab aku tak ada benda nak ditulis, aku ada terlalu banyak. Banyak sangat sampai aku tak tahu nak mula dari mana. Mungkin aku rasa dah tak perlu untuk menulis, tapi kadang-kadang aku rindu jugak.
Sekarang dah tahun 2012. Dah habis pun semester pertama untuk tahun ketiga aku. Memang banyak benda yang berlaku. Pahit manis semua ada. Serius aku tak tahu nak mula dari mana. Haha. Rasa dah lama betul aku tinggalkan tempat ni. Rasa janggal. Mungkin aku tak akan menulis macam dulu lagi. Tapi aku takkan berhenti. Kalau tak menulis di sini, aku tetap menulis dalam kepala. Tak janggal.
Thursday, October 6, 2011
intro to seoul, south korea.
semalam baru balik dari Seoul bersama rakan-rakan sestudio untuk heritage study.
satu perasaan yang sangat gembira.
tapi bila balik kerja berlambak-lambak sedang menunggu.
cerita dekat Seoul akan dihuraikan dengan lebih lanjut pada masa akan datang.
bila aku ada masa aku akan tulis.
seoul sangat best.

Thursday, September 15, 2011
Semester baru, semangat baru, dunia baru, semua baru.
Hari ni dah hari keempat kelas semester ni bermula. Macam tak percaya je aku ni dah tahun ketiga. Dah separuh perjalanan aku dekat UIA ni. Lagi dua tahun dah nak grad. Rasa macam baru je masuk sini. Cari kelas pun sesat lagi. Dalam department aku ni, AAD batch kitorang la yang paling senior. Sebab budak-budak tahun empat tengah buat praktikal. Studio pun dah berubah. Dah tak guna studio lama dulu. Sekarang dah pindah studio baru. Studio yang semak gila sebab senior-senior tak kemas barang-barang dan projek-projek diorang. Studio baru ni masing-masing dah ada cubicle sendiri. Subjek yang aku kena ambil sem ni semua projek. Masak la aku macam biasa.
Subjek-subjek yang perlu diambil sem ni :
1. AAD studio 5
2. Custom cabinet and furniture design
3. Interior design materials and technology 2
4. Heritage and contemporary studies
5. Lighting and colour
5. Gamelan 3
Fuhh nasib baik aku dah habis semua University required courses. Kalau tak penuh jugak jadual. Macam masa tahun pertama dulu credit hour sampai 21.5. Oh ya sem ni ada heritage study. Maknanya sem ni kitorang akan pergi oversea trip. Kitorang akan pergi ke Seoul, Korea 27 Sept sampai 5 Oct. Bukan pergi sana untuk melancong atau makan angin, tapi untuk buat kajian dan pengumpulan maklumat. Balik dari Korea nanti banyak la deadline yang menanti. Lagi sekali masak.
Semester ni semua dah lain. Banyak yang lain. Cuma perasan atau tak je. Kau agak?

Subscribe to:
Posts (Atom)