Monday, January 31, 2011
mimpimimpi.
Thursday, January 20, 2011
Dialog AAD 4.
pelajar AAD 1 : Penatnya mengadap laptop je. Sakit pinggang, sakit mata, sakit tengkuk.
pelajar AAD 2 : Tu la pasal. Jom main game ke apa ke. Kasi motivasi sikit.
pelajar AAD 1 : Nak main apa?
pelajar AAD 2 : Macam-macam kita boleh main. Boleh main game siapa pengsan dulu, siapa paling kurang tidur, eyebag siapa paling ketara, muka siapa macam panda, siapa muntah dulu buat autocad, siapa paling banyak kata nak tukar course, siapa meroyan dulu. Nak yang mana?
pelajar AAD 1 : .....
Sunday, January 16, 2011
sedekahkanlah Al-Fatihah buat mereka.
Al-Fatihah.
Thursday, January 13, 2011
satu satu sikit sikit suka suka.
Potong line betul lah. Apa pasal la selalu macam ni. Baru sikit. Baru sekejap. Bukan sekali pulak tu macam ni. Tak seronok betul la. Terkurang motivasi aku. Baru ingat nak naikkan sikit. Tergugat betul aku macam ni. Kalau kantoi lagi susah. Sengih jela kan. Nak buat macam mana. Segan pun ada. Nak loyar buruk dah tak boleh. Nak serius pun macam tak kena. Macam ye tapi macam tak. Susah betul. Situasi ni memang sangat janggal. Nak datang awal nak balik lambat. Nak lari pusing padang. Nak naik turun tangga. Nak tanya macam-macam. Tak nak main bola tampar. Susah jugak kalau kelas mula pukul 8. Kelakar la pulak. Aku bukan perisik tapi aku nak kaji jugak. Risau pulak pasal test MUET yang aku ambik masa dekat cfs dulu. Otak aku dah bercelaru dah. Macam mana? Kebetulan ke? Janggal.
Monday, January 10, 2011
segenggam tabah.
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
hanyut.
p/s : Jangan buruk siku.
La tahzan.
La tahzan. La tahzan. La tahzan. Janganlah kau bersedih lagi. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Sabar. Ini semua ujian. Ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana keimanan kau. Mungkin Dia aturkan yang lebih baik untuk kau. Sabarlah. Tabahkanlah hati. Ingatlah ni semua ujian dari Allah. Kau sentiasa ada Dia sebagai tempat mengadu. Sesungguhnya Dialah yang lebih mengetahui. Ini tandanya Dia ingat dan sayang pada kau.
La tahzan, Hidayah.
Saturday, January 8, 2011
minggu gila.
Minggu depan memang minggu kehancuran. Banyak pulak projek yang nak kena hantar minggu depan. Penuh jadual aku.
Isnin - Siang = Tunjuk progress dekat Madam untuk projek office.
Malam = Latihan dengan budak tamat.
Selasa - Siang = Car wash AAD studio 16
Malam = Exam kelas Jatuh
Rabu - Siang = Submission Islamic craftmanship, tunjuk floor plan dengan sample board dekat madam.
Khamis - Siang = Submission ergonomics.
Malam = Majlis ijazah potong.
Jumaat - Siang = Submission projek office.
Malam = Submission computer graphics Assignment 1,2 dan 3.
Habislah aku macam ni!
Friday, January 7, 2011
mula mula gula gula.
Kau adalah orang yang patut aku contohi tetapi aku tak akan mencontohi kau kerana kau tak patut dicontohi. Sekian terima kasih.
Saturday, January 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)