Sunday, August 28, 2011

merdeka raya.





Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-54. Selamat hari raya.




Sebelum apa-apa aku nak mintak maaf kalau aku ada silap atau salah. Mungkin ada kesalahan aku yang aku sendiri tak perasan. Maaf. Mungkin ada hati siapa-siapa yang telah aku guris. Maaf. Kalau ada persoalan yang tak dapat aku jawab. Maaf. kalau ada hati yang terluka. Maaf. Kalau ada. Maaf.


Selamat hari raya sekali lagi :))





p/s : stop racial hatred.

Friday, August 26, 2011







Tak sangka bai. Memang tak sangka.

Monday, August 8, 2011

nota kosong lapan ogos.


Kau jangan main-main.

Kenapa? Aku suka main-main.

Kau serius?

Aku serius.

Kau ni selalu macam ni.

Aku memang macam ni.

Ape kau tau? Kau tak tau.

Beritahu aku.

Kenapa?

Entah.





Lebih senang menyangkal daripada mengolah. Lebih senang mengia daripada berbalah.






Tak okay, okay.

Monday, August 1, 2011

Ramadan Kareem.

Selamat menyambut Ramadan tahun ni. Moga-moga pahala kita dilipat gandakan.Ameen.

Thursday, July 28, 2011

HURUF BESAR.

AKU TAK FAHAM KENAPA BUDAK-BUDAK KAED SENTIASA NAK KENA TULIS GUNA TULISAN BESAR, CAPITAL LETTERS ATAUPUN NAMA LAINNYA UPPER CASE LETTERING. BANYAK JUGAK YANG AKU PERASAN. NAK TULIS NOTA CATATAN RINGKAS PUN NAK GUNA HURUF BESAR. AKU BUKAN CAKAP PASAL ORANG LAIN. AKU CAKAP PASAL AKU JUGAK. TAK PERCAYA? CUBA PERHATIKAN SIAPA-SIAPA YANG NAK KENA CATAT APA-APA TAK KIRA WAKTU MEETING KE APE KE. DIA GUNA TULISAN BESAR KE TAK. KALAU DIA TULIS GUNA SEMUA HURUF BESAR CUBA TANYA DIA KULIYYAH APA. SECARA JUJUR AKU PUN TAK PAHAM KANAPA NAK TULIS HURUF BESAR. TAPI AKU PUN MEMANG LEBIH CENDERUNG UNTUK MENULIS DENGAN MENGGUNAKAN HURUF BESAR. TAK PAHAM TAK PAHAM. PADAHAL KALAU TULIS HURUF KECIL AKAN MENGAMBIL MASA YANG LEBIH SINGKAT UNTUK TULISAN ITU DITULIS. BETUL TAK? TAPI AKU NAK JUGAK TULIS GUNA HURUF BESAR.

Tuesday, July 26, 2011

loser.

Kadang-kadang aku rasa macam loser gila. Loser gila. Serius.




Kau tanya lagi.

Kau okay?

Aku okay.

Kau tanya lagi.

Kau okay?

Aku masih lagi okay. Terima kasih sebab tanya.

Sunday, July 3, 2011

Sekarang secara rasminya sem 3 dah habis. Lepas ni nak sediakan diri untuk konvoi jelajah semenanjung pulak. Jumpa nanti :))

Friday, July 1, 2011

nota kosong satu julai.

Aku pernah melalui satu situasi di mana aku memang paling tak suka kalau benda ni berlaku. Keadaan tu membuatkan aku berasa tak seronok. Tahap konfiden jatuh menjunam dan tahap kegembiraan dah dipotong separuh. Ditelan mati emak diluah mati bapak. Dalam keadaan yang susah tu aku berasa sempit akal fikiran dan perkara-perkara macam tu memang susah nak diterima hati akal dan fikiran aku. Perkara ni pertama kali aku rasa masa dekat cfs dulu. Di mana aku keliru antara sedih dengan gembira. Tak tahu apa yang patut aku rasa pada waktu dan ketika itu. Nasib baiklah lama-kelamaan aku berjaya stabilkan hati akal dan fikiran aku dan terima apa yang berlaku tu sebagai hikmah. Dan sekarang boleh dikatakan sikit pun aku tak terusik dengan perkara tu. Mungkin juga ada faktor lain yang membantu aku pada ketika itu. Bukan mungkin. Memang ada. Tapi sekarang, waktu yang sekarang ni, aku mula terasa balik keadaan tu. Masa, tempat dan orang lain tapi situasi tu lebih kurang. Sungguh. Sungguh aku tak nak perkara macam tu terjadi lagi. Susah. Susah nak cari balik pertimbangan diri. Aku tak nak pisang berbuah dua tiga kali. Aku rasa nak cabut je pokok pisang tu. Aku tak nak ada lagi konflik dalaman yang aku terpaksa simpan dalam-dalam. Susah. Susah bila emosi aku diterbalik-terbalikkan. Sampai aku tak tau nak letak ekspresi apa lagi dekat muka. Padahal bukan banyak pun pilihan ekspresi yang aku ada. Susah macam ni. Di mana aku susah nak beza suka dengan duka, gula dengan cuka.

Thursday, June 30, 2011

Semalam aku tak berasa sihat sangat. Jadi aku pun balik awal sikit dari KAED. Dalam pukul 12 setengah. Tengah jalan kaki menuju ke HS nak balik nusaibah, masa tu keadaan agak gelap, tiba-tiba sebiji buah kelapa jatuh setengah inci dari aku. Nasib baik tak jatuh atas kepala.




p/s : hari ni aku berasa lebih baik.

Wednesday, June 15, 2011

Kau okay?



Aku okay.




Alhamdulillah.





Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.