Tuesday, April 26, 2011
Penakut.
Aku takut.
Memang aku takut.
Aku tak tau apa patut aku buat.
Aku tak tau apa patut aku fikir.
Aku tak tau apa patut aku cakap.
Aku tak tau apa patut aku cari.
aku tak tau.
Aku takut.
Macam mana?
Aku buntu.
Aku takut.
Tuhan tolonglah aku.
Tabahkanlah aku.
Memang aku penakut tapi aku bukan pengecut.
Tuesday, April 19, 2011
aku dan telefon bimbit.
Aku dah bagitau tadi yang hubungan aku dengan telefon bimbit aku ni tak berapa nak hangat walaupun aku sayang dia. Jadi kalau aku selalu tak angkat telefon, lambat gila reply mesej, jangan la marah. Tu perkara biasa der. Kalau aku reply pun dah kira okay la tu. Dan kalau secara kebetulan time sesiapa call tu telefon bimbit aku ade dekat sebelah, aku jawab la. Kalau telefon tu berada lebih dari jarak 5 meter dari aku mungkin aku tak angkat la. Bukan apa sebab tak dengar. Telefon tu bila dah lama-lama speaker dia pun dah pecah. Nak ringtone kuat-kuat nanti pecah pulak telinga. Dari lagu sayu mayu jadi lagu rock pecah kepala. Tu yang aku pasang ringtone slow slow je. Kesian la telefon bimbit aku tu. Benda macam ni tak boleh paksa paksa. Lagi satu kalau aku berada di tempat yang bunyi surrounding dia lebih dari kebiasaan, memang aku tak dengar walaupun telefon tu dalam poket seluar je. Jadi mintak maaf la banyak-banyak. Kalau aku check ada orang call, biasanya aku call la balik walaupun lambat nak mampus. Melainkan kredit tak mengizinkan ataupun bateri tinggal nyawa-nyawa ikan. Kalau kredit aku membuak-buak dan bateri aku full bar tapi aku tak call balik tu, faham-faham jela.
Satu lagi kalau time tengah nak siapkan projek. Telefon bimbit aku tu memang aku abaikan jela. Nasib la. Aku memang duduk dalam gua. Sebarang contact mahupun hubungan dengan dunia luar memang putus.
Tapi aku memang menghargai la kewujudan telefon bimbit aku yang satu ni. Kalau takde dia, macam mana aku nak bangun pagi-pagi. Alarm clock dialah yang aku harapkan. Yang bunyi alarm memang sama sejak 2 tahun lepas aku rasa. Sejak masa dekat matric sampai aku dah nak masuk tahun tiga dekat main camp ni alarm aku yang satu tu jela. Sebuah lagu yang tak berapa nak rancak biasa biasa je dari salah satu band yang aku selalu dengar. Bukan aku tak nak tukar, aku dah cuba dah. Tapi bila aku tukar je tak bangun pulak. Mungkin sebab dah biasa dengar lagu tu jadi automatik mata aku celik bila dengar. Sebab kalau nak diikutkan, bunyi alarm member-member aku yang macam haram kuat nak mampus pun aku tak dengar. Alarm aku yang speaker dah pecah so tak boleh nak pasang kuat-kuat ni la jugak yang membantu aku. Aku memang terharu sangat.
Lagi satu jasa baik telefon bimbit aku ni bila aku lupa nak bawak mp3 ke, buku ke pegi mana-mana. Ada la sesuatu untuk jadi bahan hiburan. Walaupun dalam telefon tu aku letak lagu yang entah apa apa je. Bolehlah untuk mengisi masa lapang.
Apa-apa pun telefon bimbit ni memang dah banyak berjasa pada aku. Terima kasihlah. Aku terharu lagi ni. Walaupun nanti bila bila aku dah ada telefon bimbit yang lebih canggih dan lebih menawan, aku takkan lupakan kau.
Ni ikhlas dari empunya telefon bimbit.
Sunday, April 10, 2011
Dialog AAD 5.
Pelajar AAD : Suke hati aku la. Habis kau tengah buat apa?
Pelajar bukan AAD : Study la do. Kan tengah exam. Gila apa nak enjoy time macam ni.
Pelajar AAD : Muahahahahahaha. Waktu exam adalah waktu paling menggembirakan.
p/s : Jangan la ingat kitorang ni tau nak enjoy je. Tak ingat ke masa korang semua suka-suka dulu aku penat lelah mengadap projek.
Saturday, April 9, 2011
temu hidupku.
Ku orak langkah
Sedenai bertapak
Ragu tak lagi diperduli
Langkahku tak lagi terhenti
Titik titik air mula menjelma
Satu persatu cuba kutepis
Berpaling tidak
Mengundur pun tidak
Kadangkala aku takut
Aku takut
Kerana aku tak tahu siapa aku
Bila hiba datang
Apa kataku
Bila gembira tiba
Apa tuturku
Sekian lama aku mencari
Mencari di setiap lorong
Setiap ceruk
Setiap waktu
Dalam hiruk pikuk kota
Dalam tenang damai desa
Aku tiba di satu jalan
Satu jalan lurus
Aku lihat
Penghujungnya ada pelangi
Sisinya ada teman
Dalamnya ada kekuatan
Luarnya ada keyakinan
Di jalan itu
Aku terhenti
Aku tak mahu mencari lagi
Aku tak mahu hilang lagi
Aku mula mengerti
Kisah aku sendiri
Di jalan itu
Aku temu temanku
Aku temu tempatku
Aku temu jalanku
Aku temu rasaku
Aku temu sukaku
Aku temu dukaku
Aku temu tujuanku
Aku temu hati...hatiku
Dan di jalan itu
Aku temu hidupku.
Wednesday, April 6, 2011
habis akhirnya.
p/s : Bila dah free ni aku pun dah boleh meneruskan hobi aku yang kalau waktu sibuk memang tak boleh nak buat.