Ku orak langkah
Sedenai bertapak
Ragu tak lagi diperduli
Langkahku tak lagi terhenti
Titik titik air mula menjelma
Satu persatu cuba kutepis
Berpaling tidak
Mengundur pun tidak
Kadangkala aku takut
Aku takut
Kerana aku tak tahu siapa aku
Bila hiba datang
Apa kataku
Bila gembira tiba
Apa tuturku
Sekian lama aku mencari
Mencari di setiap lorong
Setiap ceruk
Setiap waktu
Dalam hiruk pikuk kota
Dalam tenang damai desa
Aku tiba di satu jalan
Satu jalan lurus
Aku lihat
Penghujungnya ada pelangi
Sisinya ada teman
Dalamnya ada kekuatan
Luarnya ada keyakinan
Di jalan itu
Aku terhenti
Aku tak mahu mencari lagi
Aku tak mahu hilang lagi
Aku mula mengerti
Kisah aku sendiri
Di jalan itu
Aku temu temanku
Aku temu tempatku
Aku temu jalanku
Aku temu rasaku
Aku temu sukaku
Aku temu dukaku
Aku temu tujuanku
Aku temu hati...hatiku
Dan di jalan itu
Aku temu hidupku.
No comments:
Post a Comment