Friday, June 25, 2010

nak lari lg ke?


orang selalu cakap 'face your problems don't run away from them.'
selalu dah aku dengar. 'running away is not gonna settle your problems.'
lagi banyak kali dah aku dengar. bile cakap memang senang. aku tau tu. bila kawan kita ada
masalah, kite boleh je cakap camtu. ye cakap memang senang. pakar motivasi, cikgu kaunseling, siapa2 pun akan cakap camtu. aku pun akan cakap camtu gak. ye cakap memeng senang. bile diri sendiri ada masalah, senang ke nk 'just face the problems'? senang ke nak beranikan diri tabahkan hati dan hadapi masalah tu? bila dah camtu lari lg senang kan? lari dari semua. lari dari masalah. tak payah pikir pasal tu, pegi je teruskan hidup dan distract diri dengan benda2 lain. lagi senang kan? tapi bila masalah tu makin lama makin berat, makin lama makin susah, makin lama makin effect kehidupan kita, nak lari lg ke? nak lari pegi mana? ape2 masalah pun takkan selesai kalau kita asyik lari je. cakap memang senang. aku bukan cakap pasal org lain je, aku cakap pasal aku gak. aku cakap ni memang senang. cakap je. nak buat tu yg susah. aku tau. orang yang hidupnya memang senang takde masalah memang tak paham apa yang aku sedang cakapkan ni. tapi bila tengok balik, siapa yang takde masalah? hidup siapa yang senang lenang sepanjang masa?

mungkin aku tak pernah merasa kesusahan yang sebenar. aku tak paham tu. tapi bile Allah s.w.t nak uji kita, apa2 pun boleh jadi. macam2 ujian Dia boleh bagi kat kita. bila Allah s.w.t nk uji aku, uji keimanan aku, uji ketabahan aku, kesabaran aku, aku terima. aku tau semua yang berlaku ada sebab, ade hikmah. takkan bila Dia bg ujian sikit aku nak mengalah? mungkin aku rasa aku tak berdaya nk hadapi ujian2 yang Dia bagi. tapi aku mesti ingat, Allah s.w.t takkan bagi ujian yang kita tak mampu nak hadapi. seberat mana ujian yang kita dapat sebanyak tu la sebenarnya kita mampu. ingatla bila Dia bagi ujian kat kita maknanya Dia sayang dan ingat kat kita. aku kena selalu ingat tu. lagi bayak kesusahan yang kita hadapi lebih bertambah2 la ingatan kita kepada Allah. betul tak yang tu? tu maknanya Allah s.w.t tak nk kita lupa padaNya. lalu Dia bagi lagi ujian demi ujian supaya kita ingat lagi dan ingat lagi kepadaNya. kalau Dia bagi nikmat je lama kelamaan kita lupa padaNya. tak ke tu maknanya Dia dah abaikan kita? sebab bila kita dah dilimpahkn segala-galanya, kita ada harta, ada kecantikan, ada pangkat, ada semua, kita lupa pada Allah. lupa pada siapa sebenarnya tuan milik semuanya tu. janganlah cinta kita pada dunia ni melebihi cinta kita terhadap Allah dan rasulnya.

cakap pulak pasal cinta ni. banyak sangat benda boleh dicakapkan. banyak sangat dah orang bercakap pasal ni. tapi bila cakap pasal cinta mula la terbayang pasal cinta dekat bf la gf la. kita lupa kepada siapa sebenarnya kita patut curahkan cinta ni. kita lupa pada Allah yang mengurniakan perasaan cinta ni. lupa. kita asyik sangat kejar cinta duniawi. cinta pada pasangan, cinta pada harta, cinta pada kekayaan, rumah, kereta, dan semua yang kita kejar kat dunia ni. dunia ni semakin materialistik. sanggup buat apa2 demi duit, pangkat, harta. kita lupa siapa yang bagi semua tu. lagi satu cinta pada pasangan. cinta tu sepatutnya diberi kepada suami dan isteri. bukan gf atau bf. ade yang dah berumahtangga pun masih kejar cinta. cinta kita tu sepatutnya pada pasangan yg sah. especially la yang dah ada suami atau isteri. dah ada anak2 pun. apa lagi cinta lain yang nak dikejar? byk pulak affair2 dan hubungan2 yang sewaktu dengannya. memang dah jadi trend ke skarang ni isteri2 cari laki lain? tak cukup ke ada seorang suami yang bertanggungjawab? kita lupa pasal hati dan perasaan orang lain. lupa dekat suami yang dah bagi kasih sayang pada kita. kita tak bersyukur ke? apa lagi yang nak dikejar? nak yang lagi hensem? lagi kaya? lagi berpangkat? lagi baik? lagi perfect? hei, tengok la diri sendiri dulu. tak bersyukur ke dah dikurniakan keluarga yang baik? bila ditanya, kenapa sanggup tinggalkan suami, tinggal keluarga, tinggal saudara sebab laki lain? dijawab, sebab cinta. memang tak cium bau syurga la. mmg dah dikatakan seorang isteri yang meminta cerai atau menolak permintaan suami selagi tak bercanggah dengan syarak tidak akan dapat mencium bau syurga walaupun bau syurga tu dapat dihidu dari jarak 500 tahun. dah lupa ke? sebab cinta kita tak ingat kan tu semua? sebab cinta kita tak ingat syurga neraka. memang betullah pepatah melayu kita, " nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan, buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan." betul la tu. walaupun tak direstui keluarga, kita turutkan jugak demi cinta. walaupun ibu sendiri yang tak merestui, kita tak kesah. sebab cinta. kita lupa syurga tu bawah telapak kaki ibu. janganlah lukakan hati ibu walau sedikit pun. satu lg, yang bujang, kalau nak cari calon suami tu cari la yang masih solo. duda pun takpe. elakkan la dari cari suami orang. ye aku tau memang laki boleh kahwin 4. aku tau tu. tapi bile kita dok terhegeh2 kat suami orang, tak ke tu boleh merosakkan sebuah institusi keluarga yang dah terbina? bila si isteri kepada suami tu dapat tau dan dia mintak cerai kat suami dia, tak ke berdosa? nak ke kita jadi penyebab si isteri tu tak dapat cium bau syurga? nak ke kita jadi punca keluarga tu berpecah belah, bercerai berai? kita tak pikir pun pasal tu kan? kita pikir cinta je. apalah sangat cinta duniawi ni? berapa lama pun lagi kita hidup dalam dunia ni? habis tu camne lak yang nak beristeri lebih dari 1 tu? aku tau. bukan tak boleh. tapi kalau boleh kita mintak la izin isteri tu dulu. bawak bincang. isteri2 yang benarkan suaminya berpoligami akan dapat payung Allah kat padang mahsyar nti. tapi kita tak nak kan? tak nak berdepan dengan isteri. takut kena sembur. dengan keluarga pun kita takut nak berdepan. takut diorang bantah sebab nak kahwin dengan laki orang. habis tu? apa lagi kahwin lari la. memang tajuk aku ni lari pun. lari. lari dari berdepan dengan isteri, dengan keluarga. bila dah kawin nanti baru la nak bagitau family. senang. apa2 hal dah kahwin dah tak boleh nak cakap apa lagi dah. tapi tak takut ke kalau hati ibu terluka sebab keputusan kita yang melulu tu? kita lupa ke hati ibu tu yang kita patut jaga? banyak benda kita lupa.

ye aku cakap memang senang. macam mana dengan orang yang betul2 melalui semua ni? bukan senang kan? aku tau tu. sebab cakap memang senang. bukan aku tak memahami. tapi kita kena ingat. banyak benda kita lupa. cuba pikir balik berapa banyak dosa yang kita dah buat sebab kita lupa. ye aku pun selalu lupa. sebab tu aku cuba ingtkan balik.

aku selalu dengar je cerita2 tentang kesusahan orang lain. macam2 dah aku dengar, aku tengok. kesusahan rakyat palestin, gaza, mangsa2 peperangan, anak2 yatim. dugaan yang Allah s.w.t bagi kat diorang tu lagi berat. kenapa bila aku diuji sikit je dah rasa macam apa? aku kena ingat lagi banyak kita diuji lagi sayang Allah pada kita. ye aku kena ingat tu. aku kena download lg kesabaran. sabar. ye mungkin sebelum ni aku cume dengar cerita, tengok dalam tv, pasal benda2 macam ni. memang aku tak sangka langsung benda2 ni boleh terjadi pada diri aku sendiri. aku tak boleh lari lagi dah. cukup la tu. jangan lari lagi.

semua yang aku tulis ni memang ikhlas dari hati aku. aku tak berniat nak menyinggung perasaan mana2 pihak. aku harap semua paham. aku cuma tulis apa yg aku rasa. mungkin aku tak cukup berani nak bercakap jadi apa yg aku boleh buat hanya menulis. tujuan aku ikhlas. bukan nak mencetuskan rasa tak puas hati siapa2 pun. maaf kalau apa yang aku tulis mengguris hati siapa2.noktah.
















Thursday, June 10, 2010

skds reunion.


9th june 2010.
it was the date of our primary school reunion.
sek keb desa setapak.



anis and me went to pick up mardea n nadia at desa setapak n then went straight to
wangsa maju terminal. there we met izyan and zabaiq. we waited for izati. then we
drove to kemensah. the others were already waiting for us there. there were about 17 of us. we barbequed for a while
and then we played in the water. the place was nice and everything was awesome.

when we were done playing in the water, we decided to head to wangsa walk for a karaoke session. we spent like 2 hours karaoke-ing our heads off. after that we went to nz for dinner.
the reunion was fun and i thank all the fellow ajks and everyone who attended the reunion.
i hope we can do this again some other time :D















Monday, June 7, 2010

rumah cikgu norzaila



hari ni pegi uma ckgu norzaila.
seronok.
tp xrmai sgt yg pegi.
klu lg rmai lg best.
lepak uma ckgu dr kul 2 smpai kul 4 lbh kot.
then g alamanda.
karaoke la.
hari ni best.

aku mls nk tls byk2 la.
hee.







Sunday, June 6, 2010

studio 8 @ sg congkak.



date : 5th June 2010
day : saturday
time : pagi smpai ptg
location : sg congkak


i'm not really in the mood to write.
so this is briefly wht happened.

studio 8 reunion at sg congkak.
we departed from uia at abt 10 a.m.
we had bbq, mandi manda, lepaklepak and borakborak.
we stayed there until abt 3.30 pm.
then we stopped at the kl look out point.
again we lepaklepak and took some pics.
then we ate some ais kacang at Deen's.
it was so much fun.
n i was exhausted.













Friday, June 4, 2010

just do it anyway.




People are often unreasonable, illogical, and self-centered;

Forgive them anyway.


If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives;
Be kind anyway.


If you are successful, you will win some false friends and some true enemies;
Succeed anyway.


If you are honest and frank, people may cheat you;
Be honest and frank anyway.


What you spend years building, someone could destroy overnight;
Build anyway.


If you find serenity and happiness, they may be jealous;
Be happy anyway.


The good you do today, people will often forget tomorrow;
Do good anyway.


Give the world the best you have, and it may never be enough.
Give the world the best you've got anyway.


You see, in the final analysis, it is BETWEEN YOU AND GOD;
It was NEVER between YOU and THEM anyway.