Wednesday, March 23, 2011

janganjanganjangan.

Jangan la macam ni lagi. Tolong la. Jangan la.

Tuesday, March 22, 2011

10 sebab.

10 sebab kenapa aku tak suka mesin basuh baru kat Nusaibah :


1. Aku duduk tingkat 5 mesin basuh baru tingkat 2. Mesin basuh lama kat tingkat 3 (dekat sikit)

2. Aku duduk wing A mesin basuh baru wing B. Mesin basuh lama kat wing A (pun dekat sikit)

3. Masin basuh baru telan duit aku.

4. Mesin basuh lama kena bayar ikut kadar berapa lama kita nak guna. Contohnya aku nak basuh baju lebih kurang 3 kg jadi ambil masa 40 minit. RM 0.50 perlu dibayar untuk setiap 15 minit. Jadi 15 x 3 = 45 dan 45 = Rm 1.50. Jadi aku tak perlu bayar dua ringgit untuk basuh baju.

5. Mesin basuh baru kena masukkan RM 2 cukup cukup dulu baru boleh function.

6. Mesin basuh lama terima apa bentuk duit syiling sekalipun tak kira duit baru duit lama duit karat duit bersinar-sinar.

7. Mesin basuh baru cuma terima syiling 50 sen dengan 20 sen je. Memilih betul. Kadang-kadang terpaksa pau duit roommate ataupun sahabat handai semata-mata nak basuh baju.

8. Mesin basuh baru selalu konfius. Kadang-kadang bila dah masuk duit pun dia buat buat macam aku tak masukkan duit lagi.

9. Mesin basuh baru selalu jam. Ade je duit yang tersekat sebab orang tak faham mesin tu terima 50 sen dengan 20 sen je.

10. Mesin basuh baru telan duit aku.





p/s : okay fine lepas ni aku basuh baju guna tangan je.

Monday, March 21, 2011

one week to go.

Tadi kena lagi dengan madam. Tapi takpe aku tau semua tu untuk kebaikan aku jugak. Aku cuba buat yang terbaik. Lagi seminggu je pun. Sabar.

Hari ni aku tak larat pun nak duduk kat studio sampai petang. Sampai tengahari aku dah tak larat. Rasa macam nak demam. Asyik bersin je. Hidung macam air hujan. Muka pun dah sembab rasa nak baring je. Mungkin jugak disebabkan berendam kat Ulu Yam semalam. Naik-naik dah menggigil lepas tu hujan pulak. Terbaik. Haha apa apa pun aku seronok semalam. Terima kasih kepada pihak yang berkenaan :)

Balik kepada cerita studio, aku akan cuba siapkan secepat mungkin dan pergi print terus. Malas nak tengok lama-lama lagi dah. Naik pening kepala. Lepas ni ada presentation material, siapkan projek Islamic Craftmanship, dan jugak final project untuk 3ds Max. Jumaat ni internal protfolio, Sabtu exam gamelan, Isnin external portfolio. Lepas tu habis dah. Yes.



p/s : Good luck kepada semua yang bakal menduduki peperiksaan dan jugak portfolio day. Bittaufiq wannajah :D

Tuesday, March 8, 2011

seksa di akhir sem.

aku dah penat. Cepat la sem ni habis. Aku dah letih yang teramat. Projek tak habis-habis lagi. Kerja banyak sangat sampai aku tak tau nak buat apa dulu. Tolonglah habis. Aku tak larat dah.

Aku nak tidur dengan aman. Aku nak cukup tidur. Bukan macam sekarang ni yang tidur pun sekejap sekejap je. Purata waktu tidur sehari 3 jam. Kalau ok boleh tidur dalam 4 jam dan kalau tak ok tak tidur langsung. Kepala baru nak cecah bantal teringat kerja yang berlambak lalu tak jadi nak tidur. Pembetulan, kepala tak perlu cecah bantal pun. Katil digunakan untuk letak beg, baju, drawings, alat tulis dan sebagainya. Tidur atas meja je depan laptop. Tak pun terkorban atas lantai. Gagahkan jugak bertahan untuk tak pengsan. Paksa diri lagi mengadap laptop ni. Nampak skrin pun dah tak jelas. Pandangan dah berpinar-pinar. Mata dah merah. Urat kepala dah tegang. Kepala rasa macam nak meletup. Tengok autocad, sketchup, 3dmax rasa macam nak muntah. Dah siap kerja bila consult kena tukar lagi. Dah siap tukar kena tukar lagi. Tak tau sampai bila. Aku rasa macam dah tak nak tengok dah projek-projek ni. Dua tiga malam tak tidur buat kerja dibalas dengan rejection lagi. Kena buat lagi. Buat lagi. Tu baru satu subjek. Aku bukan ambil satu subjek je sem ni. Ade lagi empat projek yang aku kena siapkan jugak. Credit hour sampai 6. Kalau fail kena repeat lagi setahun. Jatuh merudum la pointer. Mintak dijauhkan.

Aku sedang menanti exam week je ni. Masa Exam week adalah masa untuk tebus balik semua kegembiraan yang dah dikorbankan sepanjang sem.

Serius aku dah penat. Penat.

Monday, March 7, 2011

amanah.

Semakin lama semakin berat tanggungjawab yang diletakkan atas bahu. Semakin banyak komitmen yang harus aku jaga. Mudah-mudahan aku dapat memegang amanah yang dah diberikan. Walaupun kadang-kadang aku rasa macam tak dapat nak pikul tapi aku tau kalau amanah tu dah diberi, aku mesti dapat laksanakan. Susah ke senang ke bukan pilihan. Aku akan terus cuba membuat yang terbaik.

entri keseratus.

Ni entri keseratus aku. Aku tak tau sampai bila lagi aku akan menulis. Mungkin kali ni kali terakhir aku menulis. Mungkin esok. Mungkin lusa. Mungkin minggu depan. Mungkin bulan depan. Tahun depan. Mungkin juga aku akan menulis selama-lamanya sampai aku tak mampu lagi untuk menulis.

Aku bukanlah seorang penulis tegar yang rajin menulis semua kisah hidup aku, kisah hidup orang-orang lain mahupun karya-karya persendirian. Aku cuba kongsi apa yang aku rasa boleh dikongsi. Yang lain-lain aku simpan untuk tatapan diri sendiri. Mungkin tidak menarik di pandangan mata, tapi semua tu bermakna dalam hidup aku.

semuanya mungkin.

tanpa amaran.

fikir.jadi.cakap.jadi.

mungkinkah?

Tuesday, March 1, 2011

satu sebab.

Terima kasih sebab kau jujur. Aku tau kau tak tipu. Kau tau lebih baik kau jujur daripada berpura-pura. Kau tak salah. Aku hargai tu walaupun... terima kasih :)