Tuesday, May 31, 2011

Hari ni hari yang sia-sia? Mungkin orang lain rasa sia-sia. Tapi aku tak rasa hari ni sia-sia. Setiap hari ada makna buat aku.



Apa yang sia-sia kalau aku masih mampu bernafas hari ini.

Wednesday, May 25, 2011

Aku tak pernah berhenti berharap.

Ah! Kacau. Kacau. Serabut.

Aku tak rasa gembira bila aku terdengar suara cakap-cakap kosong yang tak ada kena mengena langsung dengan aku di mana aku adalah orang ketiga yang tak langsung bersuara dan disuarakan yang patutnya tidak ada dalam cakap-cakap kosong itu tetapi cakap-cakap kosong itu cukup untuk membuat jiwa aku tak senang kerana isi kandungan cakap-cakap kosong itu yang aku tak mahu tahu dan tak pernah sedikit pun terlintas di fikiran untuk tahu kerana aku tahu jika aku tahu aku takkan mahu lagi tahu.



Semakin dekat aku dengan penghujungnya semakin susah, berat untuk aku laksanakan. Betul apa kata mereka. Memang betul kata mereka. Betul. Itu yang aku takut. Bila betul kata mereka. Maknanya semua itu betul. Aku dapat rasa rasa itu.


Harapan aku tak patut digantungkan ke dahan tinggi itu.
Tapi aku tahu aku tak pernah berhenti berharap.
Berhenti berharap.

Saturday, May 21, 2011

Hello.

Hari ni aku rasa macam tak ada apa nak tulis. Tapi aku nak tulis jugak. Entahlah.

Nampak tapi saja buat-buat tak nampak.

Okay bye.

Wednesday, May 18, 2011

duhai Nusaibah.

Kenapa semakin lama aku rasa makanan dekat Nusaibah semakin lama semakin tak sedap?
Macam mana aku nak bertahan dekat Nusaibah kesayangan aku ni kalau makanan dia dah tak sesedap dulu? Lebih-lebih lagi time short sem ni takde pilihan lain selain masakan panas je. Chef dah bersara ke?




Apa-apa pun masakan panas kat KAED memang terbaik. Dari dulu sampai sekarang sedap je.

Friday, May 6, 2011

buat apa.

Buat apa duit banyak kalau sedekah sikit pun tak nak.

Buat apa rupa paras kalau hati pun dah keras.

Buat apa muka cantik kalau hanya untuk nampak menarik.

Buat apa rumah besar kalau kosong dalam luar.

Buat apa hidup mewah kalau keluarga berpecah belah.

Buat apa pangkat darjat kalau orang tua pun tak hormat.

Buat apa melancong sana sini tapi kampung halaman langsung tak dijejaki.

Buat apa kaya-raya kalau berkat pun tiada.

Buat apa nak hidup senang kalau hati pun tak tenang.

Buat apa bermegah dunia kalau akhirat bukan kita punya.

Buat apa ada segala-galanya kalau semuanya bukan milik kita.










Orang berada tak semestinya dia kaya.
Orang kaya tak semestinya dia sempurna.
Orang sempurna tak semestinya dia bahagia.
Jadi bersyukurlah apa yang kita ada.

Monday, May 2, 2011

anak kera.

Kera di hutan disusukan,
Anak di rumah mati kelaparan.







Kera di hutan disusukan,
Anak di rumah mati kelaparan.







Kera di hutan disusukan,
Anak di rumah mati kelaparan.







Kera di hutan disusukan,
Anak di rumah mati kelaparan.








Kera di hutan disusukan
Anak di rumah mati kelaparan.









Aku tau kau kerja cari duit memang untuk susukan anak kera dekat hutan,
sampai anak dekat rumah dah mampus pun kau tak perasan.