Tuesday, April 26, 2011

Penakut.

Aku takut.
Aku takut.
Memang aku takut.


Aku tak tau apa patut aku buat.
Aku tak tau apa patut aku fikir.
Aku tak tau apa patut aku cakap.
Aku tak tau apa patut aku cari.
aku tak tau.

Aku takut.

Macam mana?
Aku buntu.
Aku takut.

Tuhan tolonglah aku.
Tabahkanlah aku.





Memang aku penakut tapi aku bukan pengecut.

Tuesday, April 19, 2011

aku dan telefon bimbit.

Ni kisah aku dengan telefon bimbit aku. Yang paling utamanya aku nak bagitau ialah aku dengan telefon bimbit aku memang tak berapa akrab. Walaupun aku memang sayang gila nak mati dengan telefon bimbit aku ni, tapi kami tak selalu bersama. Aku tak bawak telefon bimbit masuk bilik air ataupun pergi cari makan kat dapur. Masuk tahun ni dah dekat 3 tahun kami bersama. Aku memang sayang tak nak cari baru. Tunggulah sampai bila telefon bimbit aku ni boleh bertahan selagi tu aku takkan lepaskan dia. Bukan aku tak nak yang lagi canggih dan lebih style tapi aku malas nak tukar tukar. Tengoklah kalau aku jumpa telefon bimbit yang lebih menawan nanti aku belilah yang baru. Selagi yang lama ni boleh bertahan lagi, aku rasa tak perlu pun cari yang lain. Tapi kalau ada orang yang nak belikan yang baru aku terima dengan seikhlas hati je. Rezeki jangan ditolak.

Aku dah bagitau tadi yang hubungan aku dengan telefon bimbit aku ni tak berapa nak hangat walaupun aku sayang dia. Jadi kalau aku selalu tak angkat telefon, lambat gila reply mesej, jangan la marah. Tu perkara biasa der. Kalau aku reply pun dah kira okay la tu. Dan kalau secara kebetulan time sesiapa call tu telefon bimbit aku ade dekat sebelah, aku jawab la. Kalau telefon tu berada lebih dari jarak 5 meter dari aku mungkin aku tak angkat la. Bukan apa sebab tak dengar. Telefon tu bila dah lama-lama speaker dia pun dah pecah. Nak ringtone kuat-kuat nanti pecah pulak telinga. Dari lagu sayu mayu jadi lagu rock pecah kepala. Tu yang aku pasang ringtone slow slow je. Kesian la telefon bimbit aku tu. Benda macam ni tak boleh paksa paksa. Lagi satu kalau aku berada di tempat yang bunyi surrounding dia lebih dari kebiasaan, memang aku tak dengar walaupun telefon tu dalam poket seluar je. Jadi mintak maaf la banyak-banyak. Kalau aku check ada orang call, biasanya aku call la balik walaupun lambat nak mampus. Melainkan kredit tak mengizinkan ataupun bateri tinggal nyawa-nyawa ikan. Kalau kredit aku membuak-buak dan bateri aku full bar tapi aku tak call balik tu, faham-faham jela.

Satu lagi kalau time tengah nak siapkan projek. Telefon bimbit aku tu memang aku abaikan jela. Nasib la. Aku memang duduk dalam gua. Sebarang contact mahupun hubungan dengan dunia luar memang putus.

Tapi aku memang menghargai la kewujudan telefon bimbit aku yang satu ni. Kalau takde dia, macam mana aku nak bangun pagi-pagi. Alarm clock dialah yang aku harapkan. Yang bunyi alarm memang sama sejak 2 tahun lepas aku rasa. Sejak masa dekat matric sampai aku dah nak masuk tahun tiga dekat main camp ni alarm aku yang satu tu jela. Sebuah lagu yang tak berapa nak rancak biasa biasa je dari salah satu band yang aku selalu dengar. Bukan aku tak nak tukar, aku dah cuba dah. Tapi bila aku tukar je tak bangun pulak. Mungkin sebab dah biasa dengar lagu tu jadi automatik mata aku celik bila dengar. Sebab kalau nak diikutkan, bunyi alarm member-member aku yang macam haram kuat nak mampus pun aku tak dengar. Alarm aku yang speaker dah pecah so tak boleh nak pasang kuat-kuat ni la jugak yang membantu aku. Aku memang terharu sangat.

Lagi satu jasa baik telefon bimbit aku ni bila aku lupa nak bawak mp3 ke, buku ke pegi mana-mana. Ada la sesuatu untuk jadi bahan hiburan. Walaupun dalam telefon tu aku letak lagu yang entah apa apa je. Bolehlah untuk mengisi masa lapang.

Apa-apa pun telefon bimbit ni memang dah banyak berjasa pada aku. Terima kasihlah. Aku terharu lagi ni. Walaupun nanti bila bila aku dah ada telefon bimbit yang lebih canggih dan lebih menawan, aku takkan lupakan kau.


Ni ikhlas dari empunya telefon bimbit.

Sunday, April 10, 2011

Dialog AAD 5.

Pelajar bukan AAD : weyh kau pehal relax je? kejap kejap keluar. Pastu balik bilik tengok movie tak pun baring baring renung siling.

Pelajar AAD : Suke hati aku la. Habis kau tengah buat apa?

Pelajar bukan AAD : Study la do. Kan tengah exam. Gila apa nak enjoy time macam ni.

Pelajar AAD : Muahahahahahaha. Waktu exam adalah waktu paling menggembirakan.






p/s : Jangan la ingat kitorang ni tau nak
enjoy je. Tak ingat ke masa korang semua suka-suka dulu aku penat lelah mengadap projek.

kasut ini.




Semalam aku mimpi bersusah payah cari kasut ni. Milik siapakah kasut ini?

Saturday, April 9, 2011

temu hidupku.

Ku orak langkah

Sedenai bertapak

Ragu tak lagi diperduli

Langkahku tak lagi terhenti

Titik titik air mula menjelma

Satu persatu cuba kutepis

Berpaling tidak

Mengundur pun tidak

Kadangkala aku takut

Aku takut

Kerana aku tak tahu siapa aku

Bila hiba datang

Apa kataku

Bila gembira tiba

Apa tuturku

Sekian lama aku mencari

Mencari di setiap lorong

Setiap ceruk

Setiap waktu

Dalam hiruk pikuk kota

Dalam tenang damai desa

Aku tiba di satu jalan

Satu jalan lurus

Aku lihat

Penghujungnya ada pelangi

Sisinya ada teman

Dalamnya ada kekuatan

Luarnya ada keyakinan

Di jalan itu

Aku terhenti

Aku tak mahu mencari lagi

Aku tak mahu hilang lagi

Aku mula mengerti

Kisah aku sendiri

Di jalan itu

Aku temu temanku

Aku temu tempatku

Aku temu jalanku

Aku temu rasaku

Aku temu sukaku

Aku temu dukaku

Aku temu tujuanku

Aku temu hati...hatiku

Dan di jalan itu

Aku temu hidupku.

Wednesday, April 6, 2011

habis akhirnya.

Semalam baru hantar workbook final projek Islamic Craftmanship. Habis dah semua beban sem ni. Sekarang memang masa untuk bersuka ria. Haritu dah pergi shopping dan wayang dgn Shamin dan Kak Yana. Pastu dah pergi main ice-skating dengan yang lain-lain. Lepas tu dah pergi karaoke dengan rakan-rakan sebilik seharian sampai sakit tekak. Rancangan selepas ni? Nak pergi road-trip dengan Ecah dan Epa pulak. Mungkin pergi Ipoh atau Kuantan. Tengok keadaan.



p/s : Bila dah free ni aku pun dah boleh meneruskan hobi aku yang kalau waktu sibuk memang tak boleh nak buat.