Thursday, September 15, 2011

Semester baru, semangat baru, dunia baru, semua baru.

Hari ni dah hari keempat kelas semester ni bermula. Macam tak percaya je aku ni dah tahun ketiga. Dah separuh perjalanan aku dekat UIA ni. Lagi dua tahun dah nak grad. Rasa macam baru je masuk sini. Cari kelas pun sesat lagi. Dalam department aku ni, AAD batch kitorang la yang paling senior. Sebab budak-budak tahun empat tengah buat praktikal. Studio pun dah berubah. Dah tak guna studio lama dulu. Sekarang dah pindah studio baru. Studio yang semak gila sebab senior-senior tak kemas barang-barang dan projek-projek diorang. Studio baru ni masing-masing dah ada cubicle sendiri. Subjek yang aku kena ambil sem ni semua projek. Masak la aku macam biasa.



Subjek-subjek yang perlu diambil sem ni :


1. AAD studio 5
2. Custom cabinet and furniture design
3. Interior design materials and technology 2
4. Heritage and contemporary studies
5. Lighting and colour
5. Gamelan 3


Fuhh nasib baik aku dah habis semua University required courses. Kalau tak penuh jugak jadual. Macam masa tahun pertama dulu credit hour sampai 21.5. Oh ya sem ni ada heritage study. Maknanya sem ni kitorang akan pergi oversea trip. Kitorang akan pergi ke Seoul, Korea 27 Sept sampai 5 Oct. Bukan pergi sana untuk melancong atau makan angin, tapi untuk buat kajian dan pengumpulan maklumat. Balik dari Korea nanti banyak la deadline yang menanti. Lagi sekali masak.





Semester ni semua dah lain. Banyak yang lain. Cuma perasan atau tak je. Kau agak?