Tuesday, November 30, 2010

Projek sem 1 tahun 2.

Dah lama cuti baru aku teringat nak cakap pasal projek-projek sem 1 tahun 2 ni. Sem ni aku ada 3 subjek studio. Studio 3, Islamic Geometric Pattern dan Islamic Calligraphy.



Studio 3 ada tiga projek. Satu integrated dan dua individu.






Projek 1 - Chinese Puzzle

Kitorang kena buat
chinese puzzle dengan subject matter dari alam sekitar. Projek ni group. Ahli-ahli group aku terdiri daripada aku, Peah, Shamin, Epa, Aishah dan Kak Azima. Idea asal puzzle kami adalah daripada Kak Azima. Jadi dia lah ketua, mastermind dan mandur. Nama produk kami adalah 'SEASUAI' yang sesuai dengan puzzle kami yang diolah daripada bentuk cengkerang. Target user untuk produk kami adalah golongan remaja. Di dalam puzzle tersebut terdapat sebuah kotak misteri yang akan dapat dibuka jika puzzle itu berjaya diselesaikan.




aku lupa la nak ambil gambar kerang tu secara close-up. Tu yang dalam jala tu.
..........................................................................................................................................................................

Projek 2 - Container Home



Projek ni individu. Dan dah ikut majoring. Kitorang kena buat sebuah rumah daripada kontena. Kontena yang orang buat hantar barang pergi
overseas tu. Yang kat belakang lori tu. Dalam projek ni kali pertama aku guna komputer. Jadi memang haram jadah sikitlah. Aku guna sketchup je dan tak reti nak render pun. Jadi rumah aku tu memang nampak kartun jela. Disebabkan orang lain guna chief architect, tinggal 4 orang (termasuk aku) je yang tak guna, maka terkapai-kapai sikitlah. Tapi takpe, belajar sikit-sikit. Konsep rumah aku industrial. Kenapa aku pilih konsep industrial ni? sebab aku suka industrial style yang tak formal dan banyak menggunakan elemen-elemen yang tak menarik untuk dijadikan menarik.



.........................................................................................................................................................................

Projek 3 - Kiosk Design


Dalam projek ni kitorang kena design kiosk. Aku design sebuah juice bar. Nama kiosk dan produk aku 'Juicerush!'. Kali ni aku dah ok sikit sengan sketchup dan aku render guna artlantis. Technical drawing pun aku dah tak buat manual. Baru belajar masa kelas Computer Graphic Design. Lokasi kiosk aku dekat Wangsa Walk. Kenapa aku buat Juice bar? Sebab aku suka minum jus buah-buahan la.








..........................................................................................................................................................................

Projek Islamic Geometric Pattern.

Untuk final projek kitorang kena pilih satu Islamic Pattern dan fikir macam mana nak construct corak tu. Boleh guna apa-apa medium dan medium yang aku pilih mestilah medium yang aku paling suka iaitu akrilik dan kanvas. Saiz yang aku pilih adalah 1 meter x 1 meter. Corak yang aku pilih takde lah susah sangat dan cara-cara untuk lukis corak tu dah pun aku kaji. Tapi bila dah lukis atas kanvas 1 meter aku mula panik dan ragu-ragu. Asyik-asyik silap. Padam lukis balik padam lukis balik. Sakit pinggang aku dibuatnya nak lukis atas kanvas besar tu.



Siap pun lukis. Tensi aku dibuatnya. Konfius habis.




...........................................................................................................................................................................

Projek Islamic Calligraphy


Final project
untuk Islamic Calligraphy tak jauh beza dengan projek Islamic Geometric Pattern. Kitorang kena pilih apa-apa jenis khat dan ayat yang diberi oleh uztaz untuk dijadikan satu artpiece. Di sini sekali lagi aku menggunakan medium kesukaan iaitu akrilik dan kanvas. Jenis khat yang aku pilih adalah khat Diwani Jali. Saiz kanvas aku kali ni adalah 18" x 18".




Siratul Mustaqim - tunjukkan aku jalan yang lurus.

..........................................................................................................................................................................




wajah selepas tekun menyiapkan projek.

Wednesday, November 24, 2010

Sedarlah.

Segala apa yang bakal aku katakan ni adalah ditujukan buat diri aku juga.


Memang. Memang aku tak sangka. Aku tak tau nak cakap apa lagi. Aku dah penat dah. Kau hari-hari buat dosa. Takkan kau tak tau semua benda yang kau buat tu cuma menambahkan dosa-dosa kau je? Kau sepatutnya lebih tahu dari aku tapi..

Aku sedih sebenarnya tengok kau macam ni. Tak nampak cahaya dah dekat muka kau. Sinar dari mata kau pun dah hilang sepertimana hilangnya perasaan hormat kau terhadap orang-orang yang patut kau hormati. Mana pergi iman, mana pergi taqwa kalau setiap hari kau buat dosa. Jangan mencabar hukum Allah. Jangan kufur nikmat Allah.

Bersyukurlah dengan apa yang kau ada. Jangan takbur. Jangan riak. Siapalah kau. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua nikmat yang Dia bagi. Mungkin sekarang kau rasa kau ada semua. Kau berpendidikan tinggi. Kau ada duit. Kau ada rupa. Kau ada pangkat. Kau ada kesihatan. Kau rasa kau ada semua. Hari-hari cari duit. Cari makan pakai. Cari kekayaan. Cari dan cari lagi. Nak lagi dan lagi. Tapi mungkin satu kau lupa nak cari. Kau lupa cari keredhaan Allah. Kau lupa cari hidayah Allah. Kau lupa. Kau lupa. Kau lupa segala yang kau ada sekarang adalah dari Allah.

Kenapa kau tak sedar lagi yang semua ni hanya menambahkan beban buat kau dan orang lain. Kau tak sedar ke? Sekarang hati kau tak tenang. Kenapa? Sebab kau tak dapat redha. Kau ingat duit dan harta je dapat bagi kau kebahagiaan ke? habis tu kenapa hati kau tak tenang sekarang? Bukankah kau ada semua yang kau nak? Apa lagi?

Oh, kau nak kebebasan. Bebas. Bebas buat apa saja yang kau suka. Sekarang kau rasa kau takde kebebasan. Kau rasa dikongkong. Kau rasa kau tak boleh buat apa yang kau nak. Kau tak rasa ke apa yang mengongkong kau tu adalah untuk kebaikan kau jugak. Tapi kau tak nak. Kau tak suka dikongkong. Kau nak bebas keluar sana sini. Kau nak bebas pakai itu ini. Kau nak bebas bercinta dengan siapa-siapa kau suka. Kau nak bebas balik pukul dua tiga pagi. Kau nak bebas dari tanggungjawab. Kau nak bebas dari apa saja yang menghalang kau. Kau nak bebas. Bebas. Bebas.

Apa nak jadi? Kau salahkan semua orang dalam semua situasi. Kenapa kau nampak salah orang lain je? Kenapa kau tak nampak salah diri kau sendiri? Muhasabah balik diri. Fikir balik apa yang kau buat hari-hari. Kalau kau yang bersalah bertaubatlah. Janganlah buat lagi. Tundukkan sikit ego kau tu. Aku tau ego kau memang tinggi menggunung. Cubalah buang. Cubalah runtuhkan gunung ego kau tu. Mintak maaf. Mintak maaf kalau kau yang bersalah. Kalau kau bersalah dengan Tuhan, kau taubat nasuha. Tapi kalau salah kau dengan manusia, manusia tu jelah yang boleh maafkan kau. Mintaklah maaf balik dengan manusia. Aku tahu kau salah. Kau pun tahu kau salah. Jadi, berubahlah. Janganlah buat salah lagi.

Kenapa kau masih tak sedar lagi ni? Berbuih orang nasihatkan kau. Bila orang nasihat kau kata membebel. Bila orang bagi nasihat lagi kau jawab, "Apa kau peduli? Aku tanggung dosa aku sendiri!." Janganlah macam ni. Aku sayang pada kau. Aku tak nak tengok kau macam ni. Aku tak nak tengok kau terang-terang pilih jalan neraka. Tapi kau masih tak sedar lagi. Kau rasa apa yang kau buat tu betul. Kau rasa kau tak buat dosa. Kau rasa kau hebat. Kau putarbelitkan keadaan supaya kau rasa apa yang kau buat tu betul. Kau nafikan orang lain. Kau ambil yang syubhah jadi panduan kau. Yang ahkam kau ketepikan. Kau tak pandang pun. Kau putar belit lagi. Pandainya kau bercakap macam kau tahu semua. Macam kau yang betul. Pandainya kau. Memang pandai. Senangnya syaitan buat apa yang kau lakukan ni nampak macam betul.

Kau khianati segala yang diamanahkan untuk kau. Kau khianati kepercayaan keluarga kau. Kau khianati segalanya. Aku kecewa dengan kau. Aku percaya kau. Aku hormat kau. Aku tak pernah bersangka buruk pun terhadap kau. Tapi kenapa kau buat begini? Kenapa kau sanggup musnahkan harapan orang lain, kepercayaan orang lain demi hidup macam ni? Kau puas? Bila semua orang kau buang dari hidup kau. Kau buat semua ni untuk memulakan hidup kau yang baru kan? Hidup apa? Kehidupan apa yang kau nak bina kalau keluarga pun kau buang. Sedarlah. Baliklah pada keluarga kau. Semua sanggup terima kau. Kau je yang sisihkan mereka dari hidup kau.

Janganlah kau ingat kau hidup dekat dunia ni selama-lamanya. Cuma akhirat je yang kekal abadi. Dunia ni sementara je. Bila-bila kau boleh mati. Esok pun kau boleh mati. Kalau ditakdirkan kau mati sekarang, kau rasa kau dah sedia? Apa yang kau bawak untuk mati? Cukup ke pahala kau untuk masuk syurga? Berapa lama dah kau kumpul dosa untuk masuk neraka? Ni yang aku paling takut. Aku takut. Macam mana kalau kau mati? Aku tak nak kau mati dalam kekufuran. Ingatlah mati. Ingat mati.

Hati aku hancur tengok kau. Tolonglah bertaubat. Tolonglah. Aku sanggup merayu melutut cium kaki kau kalaulah kau boleh bertaubat. Aku tak minta banyak dari kau. Aku cuma nak tengok kau hidup dalam keredhaan Allah. Tu je. Tak banyak pun. Cukuplah. Cukuplah kau buat dosa. Berhenti. Berhenti. Jangan sampai terlewat. Kalau dah terlewat, menangis airmata darah pun dah tak guna. Nak ulang balik masa pun tak boleh. Bertaubatlah. Ingatlah siapa kau di sisi-Nya. Bila-bila masa pun kau boleh mati. Kalau kau mati sekarang kau mati dalam keadaan kufur. Aku tak nak kau masuk neraka. Tu je. Selagi kau ada masa ni baliklah ke jalan yang benar. Aku merayu lagi sekali pada kau. Aku tahu kau tak sanggup korbankan perasaan kau. Tapi kau kena ingat, dunia ni penjara orang-orang mukmin. Memang kau harus berkorban apa saja demi kebahagiaan di akhirat nanti. Hidup di dunia ni sekejap, hidup di akhirat tu selama-lamanya. Jangan diikutkan nafsu kau saja. Aku akan sentiasa mendoakan kau. Moga-moga Allah beri hidayah pada kau. Buka pintu hati kau. Bertaubatlah. Masih ada masa lagi.





Baliklah ke jalan Allah.



p/s: ini adalah peringatan buat aku dan orang lain.


Monday, November 22, 2010

oh ya.

Oh ya, sejak kebelakangan ni aku perasan satu benda la. Betul la. Aku pun macam musykil jugak sebenarnya. Apa benda yang aku perasan tu? Takdelah bukan apa pun. Aku perasan yang sejak aku join AAD ni aku makin kurang membaca. Betul la. Sebab aku memang suka gila membaca. Dari aku kecik lagi. Ingat lagi masa aku tingkatan 2 aku mintak stok buku untuk hadiah harijadi. Bagusnya kan. Haha. Pergi mana-mana mesti bawak buku. Ulat buku la konon-konon.

Macam mana aku boleh terperasan yang aku dah kurang membaca? Aku perasan masa duduk dekat kampung. Sebab dulu setiap kali aku balik kampung je mesti aku bawak stok buku untuk dibaca. Paling koman pun adela satu buku yang aku akan bawak balik. Tapi kali ni tak. Bila aku imbas balik sejak aku masuk AAD memang aku dah tak bawa buku balik kampung. Salah satu puncanya sebab setiap kali cuti balik kampung je mesti tengah dalam keadaan huru-hara dengan projek. Manalah nak curi masa untuk baca buku suka-suka.

Satu lagi masa nak exam. Masa zaman sekolah dulu bukan main baca macam nak rak. Sejarah, biology, chemistry, fizik, bm, english. Seronok je baca buku teks. Tapi sekarang dah la exam pun dua paper je, tu pun liat nak baca nota. Bukan buku tebal-tebal pun. Cuma nota fotostat yang entah berapa helai dengan nota-nota softcopy je. Tu lah dah terbiasa sangat dengan subjek-subjek yang takde exam. Bukan aku je yang lain-lain pun macam tu jugak. Tak percaya tanya diorang.

Lepas tu bila nak cari buku dekat perpustakaan nak yang banyak gambar je. Yang banyak tulisan semua letak tepi. Haish ape nak jadi ni. Yela hari-hari tengok gambar, lukisan, ilustrasi. Mana nak layan tulisan-tulisan lagi dah. Aku pun dah lama tak update novel-novel baru. Kalau dulu duit habis beli buku. Dah habis baca buku dekat rumah pergi perpustakaan pulak. Rajin betul. Tapi tu dulu la. Sekarang dah tak banyak masa. Waktu-waktu cuti macam ni la yang aku ada pun. Tapi kebanyakan masa nak dihabiskan dengan berehat dan bersuka-ria sepenuh masa. Nak tebus balik masa-masa yang dikorbankan untuk projek-projek yang tak habis-habis.







p/s : - tu la siapa suruh masuk AAD. padan muka.
- suka hati akulah.
aku memang nak masuk bukan kena paksa pun.








Monday, November 15, 2010

elemen simfoni sampah.

khas buat ahli-ahli Cengkerik Rambutan Alam Band.



Di sini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua geng simfoni sampah kerana telah menjayakan persembahan pertama kita di Taylors Lakeside Campus haritu. Aku ingin meminta ampun jika ada tersilap kata, tersalah tutur bahasa, tercaci, termaki, terhamun, juga terpuji.

Persembahan di Taylors adalah yang terbaik walaupun terdapat sedikit kesilapan teknikal yang boleh disalahtafsirkan sebagai gimik semata-mata. Walaupun lagu-lagu digubah dalam masa dua hari dan berlatih selama tiga hari, segalanya membuahkan hasil.




Kepada sesiapa yang belum mengenali Cengkerik Rambutan Alam Band, kami adalah pemain-pemain muzik amatur yang bersatu nada memainkan alat-alat muzik buatan yang terdiri daripada barang-barang sekeliling. Kami berkonsepkan biosphere yang terdiri daripada elemen-elemen alam.




pemuzik-pemuzik sampah :

Aishah Ninja - pemain baldi a.k.a Earth (band manager)
Dyh - pemain kon merah a.k.a Fire
Peah - pemain besi a.k.a Water
Keyna - pemain botol kaca a.k.a Air

Terima kasih juga kepada dua lagi ahli yang memberikan efek dramatik kepada persembahan kami iaitu Mary dan Kak Amal.




Dan tidak lupa juga kepada pereka kostum/pengkritik bebas kami iaitu Khatib dan Kak Azie. Terima kasih buat ahli studio AAD tahun tiga kerana membenarkan kami menyimpan barang-barang, terima kasih kaed yang meminjamkan kami vip room dan main audi untuk latihan, terima kasih Mahallah Asiah kerana meminjamkan kami kon merah dan penutup longkang besi, terima kasih makcik cleaner Kaed kerana meminjamkan signboard 'caution wet floor', abang Keyna yang meminjamkan kami webcamnya, kru-kru Taylors, peminat-peminat dan semua yang turut menyumbang tenaga demi kugiran kami.

Kredit untuk anda semua.



Terima kasih geng :D

limabelas MSID.

13 haribulan haritu adalah Interior Designer Students Saturday. Limabelas dianjurkan oleh MSID (Malaysian Society of Interior Designers). IIUM hantar pelajar-pelajar AAD untuk turut serta di Taylor's Lakeside Campus. Secara umumnya Limabelas ni macam hari keluarga untuk pelajar-pelajar Interior Design. Ada 13 Universiti dan kolej yang ambil bahagian.

Antara pertandingan yang dianjurkan adalah residential design, commercial design, institutional design, hospitality design, montage, bunting, short film, commercial break, lighting, furniture, painting, fashion, installation, amazing race dan performance. Aku terlibat dengan performance. IIUM dapat tempat pertama dalam bunting design, tempat ketiga dalam furniture design, tempat kedua dalam painting dan tempat kedua juga dalam performance.

Event tu diadakan dari pagi sampai malam. Jadi bila dah dua hari tak tidur, memang penatlah. Nasib baik semua yang diusahakan membuahkan hasil. Boleh dikatakan semuanya jadilah. Kadang-kadang tak sangka boleh menang. Aku memang bangga dengan IIUM. IIUM terbaik!






Sunday, November 7, 2010

sabar.


Sabar sabar. Marah pun takde guna. Aku tau aku tak suka bergantung pada orang lain. Sebab ni lah. Sebab kadang-kadang orang lain mengecewakan aku. Semua benda nak harapkan aku tapi bila aku cakap tak nak dengar. Susah la macam ni. Aku cakap elok-elok je sebab semua orang dah besar. Cakap sekali dah boleh faham. Dah boleh fikir sendiri. Takkan nak aku marah marah dulu baru orang nak dengar. Aku tak suka macam tu. Sabar sabar.





p/s : aku kena download lagi kesabaran.

Thursday, November 4, 2010

habis dah sem satu 2010/2011.

wohooo! hari ni last paper. seronok gila. habis dah rupanya. macam tak percaya. semua orang macam gembira gila hari ni. semua orang senyum memanjang. walaupun masih ada MSID punya program. kena stay sampai 13 hb. Tapi mamang rasa pelik gila bila balik bilik dah tak tau nak buat apa. memang takde apa-apa. kalau dulu setiap saat mesti ada je benda nak kena buat. jadi, apa lagi jom kita enjoy!

Tuesday, November 2, 2010

warkah buat bakal suamiku.

*copy paste dari orang lain.



Buatmu,

Bakal suamiku.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;

“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

Bakal isterimu

~Naluri ingin menyayangi dan disayangi itu adalah normal untuk manusia yg normal :) Tapi biarlah menyayangi dan disayangi yang membawa barakah kepada diri sendiri dan org yg disyangi… Apalah gunanya diri disyangi andai jauh dari rahmatNya. Wallahua’lam~

sumber: iluvislam



Monday, November 1, 2010

esok exam.

Esok ade exam ungs 3. Ahhhh susahnya nak study! Malasnya nak baca. Dah tak biasa tengok ayat panjang-panjang. Baru baca sikit dah ngantuk. Macam mana ni? Nasib baiklah aku tak banyak exam. Sem ni ada dua paper je. Ungs 3 dengan Design Methodology. Dari tadi lagi asyik baca muka surat yang sama. Baca satu dua ayat bukak facebook. Tiga empat ayat bukak blog. Bosan. Bosannya study. Tapi aku kena jugak study. Macam ada pilihan lain. Tingkatkan motivasi sikit. Kalaulah nota ungs ni banyak gambar warna-warni seronok sikit. Ni semua hitam putih je. Dah la kecik pulak tu tulisan dia. Macam mana nak bagi orang semangat study. Aku bukaannya tak suka membaca. Aku suka. Suka sangat. Suka duduk dalam perpustakaan lama-lama. Tapi aku duduk perpustakaan bukan untuk baca nota ungs. Aku baca benda lain. Baiklah, sekarang aku harus memotivasikan diri aku sendiri.


Ya! Aku boleh! Ayuh belajar! Marilah menuju kejayaan! Kita harus berjaya dalam kehidupan! Bi taufiq wa najah fil imtihan! Jom dapat anugerah dekan! (konon-konon)


Okay dah la tu. Daripada aku membebel je kat sini baik aku sambung balik study. Marilah rakan-rakan kita mentelaah pelajaran. Takpe jangan risau aku ni bukanlah mendap gila tak nak belajar. Aku okay je sebenarnya. Saja-saja nak dramatik sikit je.





p/s : abaikan je entri ni sebenarnya aku bosan baca nota ungs. Majulah sukan untuk negara.