Wednesday, May 25, 2011

Aku tak pernah berhenti berharap.

Ah! Kacau. Kacau. Serabut.

Aku tak rasa gembira bila aku terdengar suara cakap-cakap kosong yang tak ada kena mengena langsung dengan aku di mana aku adalah orang ketiga yang tak langsung bersuara dan disuarakan yang patutnya tidak ada dalam cakap-cakap kosong itu tetapi cakap-cakap kosong itu cukup untuk membuat jiwa aku tak senang kerana isi kandungan cakap-cakap kosong itu yang aku tak mahu tahu dan tak pernah sedikit pun terlintas di fikiran untuk tahu kerana aku tahu jika aku tahu aku takkan mahu lagi tahu.



Semakin dekat aku dengan penghujungnya semakin susah, berat untuk aku laksanakan. Betul apa kata mereka. Memang betul kata mereka. Betul. Itu yang aku takut. Bila betul kata mereka. Maknanya semua itu betul. Aku dapat rasa rasa itu.


Harapan aku tak patut digantungkan ke dahan tinggi itu.
Tapi aku tahu aku tak pernah berhenti berharap.
Berhenti berharap.

No comments: