Friday, July 1, 2011

nota kosong satu julai.

Aku pernah melalui satu situasi di mana aku memang paling tak suka kalau benda ni berlaku. Keadaan tu membuatkan aku berasa tak seronok. Tahap konfiden jatuh menjunam dan tahap kegembiraan dah dipotong separuh. Ditelan mati emak diluah mati bapak. Dalam keadaan yang susah tu aku berasa sempit akal fikiran dan perkara-perkara macam tu memang susah nak diterima hati akal dan fikiran aku. Perkara ni pertama kali aku rasa masa dekat cfs dulu. Di mana aku keliru antara sedih dengan gembira. Tak tahu apa yang patut aku rasa pada waktu dan ketika itu. Nasib baiklah lama-kelamaan aku berjaya stabilkan hati akal dan fikiran aku dan terima apa yang berlaku tu sebagai hikmah. Dan sekarang boleh dikatakan sikit pun aku tak terusik dengan perkara tu. Mungkin juga ada faktor lain yang membantu aku pada ketika itu. Bukan mungkin. Memang ada. Tapi sekarang, waktu yang sekarang ni, aku mula terasa balik keadaan tu. Masa, tempat dan orang lain tapi situasi tu lebih kurang. Sungguh. Sungguh aku tak nak perkara macam tu terjadi lagi. Susah. Susah nak cari balik pertimbangan diri. Aku tak nak pisang berbuah dua tiga kali. Aku rasa nak cabut je pokok pisang tu. Aku tak nak ada lagi konflik dalaman yang aku terpaksa simpan dalam-dalam. Susah. Susah bila emosi aku diterbalik-terbalikkan. Sampai aku tak tau nak letak ekspresi apa lagi dekat muka. Padahal bukan banyak pun pilihan ekspresi yang aku ada. Susah macam ni. Di mana aku susah nak beza suka dengan duka, gula dengan cuka.

No comments: