Semalam aku tak berasa sihat sangat. Jadi aku pun balik awal sikit dari KAED. Dalam pukul 12 setengah. Tengah jalan kaki menuju ke HS nak balik nusaibah, masa tu keadaan agak gelap, tiba-tiba sebiji buah kelapa jatuh setengah inci dari aku. Nasib baik tak jatuh atas kepala.
p/s : hari ni aku berasa lebih baik.
Thursday, June 30, 2011
Tuesday, June 14, 2011
13 Jun.
13 Jun. Semalam genaplah 20 tahun aku bernafas dekat dunia ni. Usia remaja dah aku tinggalkan. Sekarang aku mula meniti alam dewasa. Walaupun mungkin masih belum bersedia, aku akan tetap cuba.
Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi ucap tanda ingatan kepada hari aku dilahirkan ni. Banyak perkara berlaku hari ni. Ada yang baik dan ada juga yang sebaliknya. Hari ni jugak hari presentation untuk crit 2. Jadi sepanjang malam dan hari aku menghabiskan masa dekat ofis Dot 20. Aku rasa ini pertama kali hari lahir aku jatuh pada hari bukan cuti sem. Dekat sini jugak aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan studio yang buat ziarah mengejut dekat ofis Dot 20 lebih kurang pukul 1.30 pagi tadi, terima kasih rakan-rakan psscmuiam yang ingat hari lahir ahli ni, dan tak lupa jugak kapada semua kenalan yang dah bagi ucapan ingatan dan doa untuk aku pada hari ni. Aku hargai semua tu. Terima kasih famili, sahabat, rakan dan taulan.
Aku rasa macam ada lagi benda nak ditulis tapi nanti macam keluar tajuk pulak. Takpelah. Nanti kalau ada mood aku buat entri yang lain.
Kau okay?

Saturday, June 11, 2011
Friday, June 10, 2011
Sebelum ni aku ada buat entri pasal telefon bimbit kesayangan aku. Dan di sini secara rasminya aku mengumumkan bahawa aku dah tukar telefon bimbit. Hadiah dari abah sempena hari jadi aku yang belum lagi ni. Yang lama aku tak buang. Bagi adik aku pakai je. Bukan bermaksud aku ni kacang lupakan kulit tapi aku pernah cakap dulu yang rezeki jangan ditolak. Kan?
Monday, June 6, 2011
Tuesday, May 31, 2011
Wednesday, May 25, 2011
Aku tak pernah berhenti berharap.
Ah! Kacau. Kacau. Serabut.
Aku tak rasa gembira bila aku terdengar suara cakap-cakap kosong yang tak ada kena mengena langsung dengan aku di mana aku adalah orang ketiga yang tak langsung bersuara dan disuarakan yang patutnya tidak ada dalam cakap-cakap kosong itu tetapi cakap-cakap kosong itu cukup untuk membuat jiwa aku tak senang kerana isi kandungan cakap-cakap kosong itu yang aku tak mahu tahu dan tak pernah sedikit pun terlintas di fikiran untuk tahu kerana aku tahu jika aku tahu aku takkan mahu lagi tahu.
Semakin dekat aku dengan penghujungnya semakin susah, berat untuk aku laksanakan. Betul apa kata mereka. Memang betul kata mereka. Betul. Itu yang aku takut. Bila betul kata mereka. Maknanya semua itu betul. Aku dapat rasa rasa itu.
Harapan aku tak patut digantungkan ke dahan tinggi itu.
Tapi aku tahu aku tak pernah berhenti berharap.
Berhenti berharap.

Saturday, May 21, 2011
Wednesday, May 18, 2011
duhai Nusaibah.
Kenapa semakin lama aku rasa makanan dekat Nusaibah semakin lama semakin tak sedap?
Macam mana aku nak bertahan dekat Nusaibah kesayangan aku ni kalau makanan dia dah tak sesedap dulu? Lebih-lebih lagi time short sem ni takde pilihan lain selain masakan panas je. Chef dah bersara ke?
Apa-apa pun masakan panas kat KAED memang terbaik. Dari dulu sampai sekarang sedap je.

Subscribe to:
Posts (Atom)