Friday, October 29, 2010

portfolio day sem yang terseksa.

Alhamdulillah. Habis dah portfolio day sem ni. Hari paling getir dalam kehidupan setiap pelajar AAD mahupun KAED. Aku pasti majoriti pelajar-pelajar AAD sedang pengsan tak sedarkan diri sekarang ni. Kesian tadi sampai tidur tepi tangga, tepi dinding, belakang tiang. semua sebab portfolio day.

Dapat jugak aku habiskan sem ni dengan baik walaupun peritnya sem ni Tuhan saja yang tahu. Semua projek dapat aku siapkan. Walaupun tak lah sempurna tapi bolehlah. Aku dah cuba sehabis boleh.

Sem ni sem pertama kami masuk majoring masing-masing. Barulah terasa sakit penat lelah jadi pelajar AAD ni. Yang conservation design dilabel sebagai yang terbaik untuk sem ni. Projek-projek diorang memang mantap. Yang industrial design pulak memang aku rasa sem ni dugaan paling besar diorang. Kena siapkan dua projek sekaligus dalam masa 3 minggu. Dari jangka masa 3 bulan jadi 3 minggu. Tenat tu. Tak masuk lagi projek-projek untuk subjek lain. Habis keringat dan air mata darah dah dikerahkan akhirnya dapat jugak mengharungi portfolio day hari ni. Walaupun banyak yang tak sempat siap, aku tabik kegigihan dan ketabahan mereka. Bagi majoring aku pulak, interior design, alhamdulillah dapat jugak aku harungi walaupun perit untuk aku telan tapi aku telan jugak. Kadang-kadang sedikit berdrama tapi aku tahu semua orang nakkan yang terbaik untuk semua. Sem ni memang kami agak terkena culture shock sikit. Mungkin disebabkan pertukaran lecturer yang secara tak langsung mengubah semua sistem dan cara yang kami dah terbiasa dulu. Tapi lama-kelamaan nanti aku pasti akan baik-baik saja semuanya. Tahniah diucapkan kepada semua budak-budak studio 16 AAD. Kau orang memang terbaik.


Hari ni pertama kali kami mengharungi portfolio day sebagai pelajar tahun dua. Waktu memang terasa terlalu cepat berlalu. Rasa macam baru saja lepas taaruf nak masuk UIA gombak dulu. Jalan-jalan dalam UIA pun masih sesat lagi. Rupanya dah hampir dua tahun aku hidup sebagai pelajar degree di UIA. Lepas mengarungi caki-maki dan puji-pujian, kami berkumpul pula di rumah salah seorang pelajar studio 16, Syaza. Buat makan-makan sikit.

Hari ni semua dapat diharungi dengan tabah. Lepas ni nak fokus untuk peperiksaan pulak. Tak lupa juga ada lagi satu assignment design methodology yang belum dihantar. Takpelah bagi can diorang tidur dulu malam ni. Lepas tu dah mula cuti. Cuti dari projek-projek yang menimbun, cuti dari pergi kelas, dan cuti dari berjumpa rakan-rakan sekuliah. Aku doakan kejayaan semua dalam peperiksaan kali ni. Harap semua dapat menjalani cuti anda dengan baik.





2 comments:

fakhrurrazi said...

tahniah la krane bejaye mengharunginye...

dyh said...

haha terima kasih terima kasih.
tahniah jugak kat korang kerana berjaya jugak mengharungi portfolio day dengan jayanya.