Tuesday, October 12, 2010

Tareeq Haidar.

12/10/2010


Tarikh bersejarah buat sepupuku yang baru bergelar mak dan abah. Alhamdulillah tepat jam 8.39 pagi di hospital daerah Kuala Lipis kak Wani selamat melahirkan putera sulungnya yang diberi nama Tareeq Haidar. Tahniah diucapkan kepada kak Wani dan abang Fazeli. Aku juga merasakan keterujaan kerana Tareeq adalah anak buahku yang pertama. Bilalah aku dapat pulang ke kampung untuk bertemu kau baby Tareeq. Mungkin tidak di waktu yang terdekat ni dek kerana kesibukan projek yang sedang melanda kesemua pelajar AAD tak kira apa majoringnya. Tarikh yang diramalkan untuk Tareeq melihat dunia sepatutnya adalah pada 10/10/10. Tapi Allah lebih mengetahui dan ramalan manusia bukanlah tepat. Selamat melangkah ke dunia Tareeq Haidar. Tunggu auntie balik kampung ye.











No comments: