Monday, March 21, 2011

one week to go.

Tadi kena lagi dengan madam. Tapi takpe aku tau semua tu untuk kebaikan aku jugak. Aku cuba buat yang terbaik. Lagi seminggu je pun. Sabar.

Hari ni aku tak larat pun nak duduk kat studio sampai petang. Sampai tengahari aku dah tak larat. Rasa macam nak demam. Asyik bersin je. Hidung macam air hujan. Muka pun dah sembab rasa nak baring je. Mungkin jugak disebabkan berendam kat Ulu Yam semalam. Naik-naik dah menggigil lepas tu hujan pulak. Terbaik. Haha apa apa pun aku seronok semalam. Terima kasih kepada pihak yang berkenaan :)

Balik kepada cerita studio, aku akan cuba siapkan secepat mungkin dan pergi print terus. Malas nak tengok lama-lama lagi dah. Naik pening kepala. Lepas ni ada presentation material, siapkan projek Islamic Craftmanship, dan jugak final project untuk 3ds Max. Jumaat ni internal protfolio, Sabtu exam gamelan, Isnin external portfolio. Lepas tu habis dah. Yes.



p/s : Good luck kepada semua yang bakal menduduki peperiksaan dan jugak portfolio day. Bittaufiq wannajah :D

No comments: